Assalamualaikummm....
Seperti yang dijanjikan dua minggu yang lepas, pada minggu ini pembentangan mengenai evaluation website. Pembentangan kali ini adalah tugasan individu yang mana tajuk yang saya perolehi adalah berkaitan 'system log data'. Secara umumnya, system log data adalah cara untuk merekod interaksi pengguna dengan sesuatu perisian secara langkah demi langkah. Keperincian sesuatu log data itu bergantung kepada tujuan program atau perisian itu dibina. Log data juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengetahui keutamaan pengguna dalam sesuatu perisian serta navigasi pengguna tersebut.
Beikut merupakan beberapa contoh situasi dimana system log data digunakan :
- Apa-apa penilaian yang melihat bagaimana pelajar-pelajar bekerja dengan perisian
- Learning evaluation - 'Triangulation' dengan sumber data yang lain, contohnya jawapan soal selidik, temubual, perbincangan kumpulan fokus, gred kursus, laporan pemerhatian
- Usability evaluation - sebagai objektif bermakna dapat mengesan corak penggunaan, kesilapan, laluan navigasi dan masa kepada tugas
Proses dalam System Log Data
Terdapat tiga langkah dalam proses system log data. Gambar berikut menunjukkan prosess bagi system log data.
Batasan dalam analisis System Log Data
Log data merupakan ukuran yang objektif yang menghasilkan data statistik yang dipercayai berkaitan dengan pelbagai isu-isu seperti corak penggunaan, penggunaan, strategi integrasi dan kegunaan tanggapan perisian. Walau bagaimanapun, ia tidak menjawab soalan 'mengapa' dan penilaian lanjut adalah perlu dilakukan untuk mencari penjelasan fenomena yang berlaku.
Untuk mengakses slide pembentangan bagi rakan-rakan saya yang lain boleh KLIK PADA LINK INI.

0 comments:
Post a Comment