#12 PUBLISHING WEBSITE

Helloo and assalamualaikummm...

Untuk minggu ini saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana kurang sihat (biasalah orang perempuan kan. huhu). Jadi, daripada makluman rakan sekelas saya mendapat tahu bahawa pada minggu ini Dr Affandy ajar mengenai 'publishing website'. Maka, untuk entry pada kali ini, saya akan berkongsi tentang apa yang saya faham berkenaan publishing website dari pengetahuan saya sebelum ini dan hasil bacaan saya dari nota yang diberikan. 


Apabila website telah siap dibangunkan, kita mesti akan terfikir bagaimana untuk memasukkan website kita ke dalam internet. Kita akan memerlukan web hosting untuk membolehkan kita memasukkan website kita ke internet. Terdapat dua jenis web hosting iaitu yang berbayar dan yang free. Cara untuk memilih web hosting yang sesuai adalah bergantung kepada penggunaan website kita itu sendiri. Web hosting yang berbayar atau free mestilah ada pro dan cons nya yang tersendiri.

Mengikut dari nota, terdapat beberapa contoh free web hosting. Antaranya ialah :
  • www.tripod.com
  • www.geocities.com
  • www.freeservers.com
  • www.domaindlx.com
  • www.brinkster.com


Berikut pula merupakan contoh web hosting yang berbayar :

  • www.articulate-x.com
  • internet-webhosting.com


Nota bagi publishing website boleh didapati disini.




0 comments:

Post a Comment


up