#11 WEB TESTING AND EVALUATION

Assalamualaikum and haiii~

Pada minggu ini, kami belajar mengenai web testing dan evaluation. Pada dasarnya, menjalankan testing dan evaluation pada website adalah sangat digalakkan dan memudahkan website developer untuk mengetahui masalah yang ada pada website dan seterusnya boleh membuat perubahan.

WEB TESTING

Untuk mengkaji website yang kompleks dan menggunakan database, Test Plan adalah perlu agar testing yang dijalankan adalah berstruktur dan kreatif, konsisten, terperinci dan teliti.

Terdapat beberapa 'Types of Errors' yang boleh dikategorkan ketika menjalankan web testing iaitu :


  1. Design flaws - masalah rekabentuk dan cadangan, seperti mencadangkan ciri yang baru, melabel semula button, dan juga susun atur screen
  2. Content errors - ketidaktepatan, data yang mempunyai masalah dengan format, atau data yang berkualiti rendah termasuklah kualiti gambar dan kesalahan ejaan
  3. Software/system defects - biasanya dipanggil 'bug' iaitu masalah teknikan yang dikenalpasti semasa mengendalikan website

Selain dari jenis errors, terdapat juga beberapa jenis testing yang boleh dilakukan untuk laman web. Antaranya ialah :

- Peer testing
- Focus group testing

Testing adalah satu langkah yang sangat penting dalam membangunkan laman web, untuk mengelakkan kesilapan. Apabila menghadapi masalah pengguna dalam melayari laman web mereka dengan mudah akan bosan, mereka hanya akan meninggalkan dan mencari laman web lain yang serupa. Itulah sebabnya ujian kebolehgunaan adalah sangat penting.

Usability boleh dikategorikan kepada lima komponen kualiti iaitu :
  1. Learnability -  Bagaimana mudah ialah ia untuk pengguna untuk mencapai tugas-tugas asas kali pertama mereka menghadapi reka bentuk?
  2. Efficiency -  Apabila pengguna telah belajar reka bentuk, berapa cepat mereka boleh menjalankan tugas?
  3. Memorability -  Apabila pengguna kembali ke reka bentuk selepas tempoh tidak menggunakannya, betapa mudahnya mereka boleh mengembalikan penguasaan?
  4. Errors -  Berapa banyak kesilapan yang pengguna membuat, bagaimana teruk adalah kesilapan-kesilapan ini, dan betapa mudahnya mereka boleh pulih daripada kesilapan?
  5. Satisfaction -  Bagaimana menyenangkan adalah ia menggunakan reka bentuk?

WEB EVALUATION

'Evaluation' atau Penilaian boleh dikategorikan sebagai penilaian formatif dan penilaian sumatif. Untuk memahami lebih lanjut mengenai penilaian formatif, kita boleh menggunakan analogi ini:

"When the cook tastes the soup, that’s formative; when the guests taste the soup, that’s summative.“

Jadi, penilaian formatif biasanya dilakukan semasa proses pembangunan, di mana perubahan dan peningkatan boleh dilakukan oleh pemaju. Bagi penilaian sumatif, proses ini biasanya dilakukan pada akhir proses pembangunan, dan biasanya selepas pengguna akhir menggunakan produk tersebut.

Terdapat beberapa jenis 'tools' atau alat yang boleh digunakan untuk menilai  laman web iaitu:

 - Observation, interviews (Structured/Non Structured)
 - Surveys, Focus Groups, Analysis, Reports, and Dialogue with Users
 - Form, Checklist or Rubric

Untuk memahami lebih lanjut tentang perbezaan antara setiap tools yang ada, kami diberikan satu tugasan individu yang perlu dibentangkan dalam kelas dua minggu yang akan datang. Dalam tugasan ini kami perlu untuk meringkaskan prosedur untuk menilai laman web kami mengikut nota yang disediakan oleh laman web pada link di bawah ini.



Setiap seorang daripada kita diberi pelbagai jenis alat-alat penilaian. Oleh itu, kita mempunyai 5 topik yang berbeza persembahan yang akan dibentangkan di dalam kelas 2 minggu akan datang. Dr.Noraffandy mengatakan bahawa laman web ini adalah sangat berguna kerana ia berkaitan metodologi penyelidikan yang berkaitan dengan bidang kami iaitu 'education technology'. Jadi kita jumpa dalam entry lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembentangan kami ini nanti! :)

0 comments:

Post a Comment


up