Assalamualaikum and haiiii~
Okay minggu ini adalah kelas pertama kami dengan Dr.Affandy dan minggu ini juga adalah due date untuk menghantar deisgn document kami seperti yang telah saya nyatakan dalam post yang lepas. Harap-harapnya dapat markah yang elok la ye untuk deisgn document tu. hehehe
Minggu ini kami mula belajar berkenaan information design. Information design adalah salah satu komponen penting dalam pembangunan website kerana ia menjelaskan matlamat komunikasi dan menyusun idea-idea ke dalam reka bentuk yang berfungsi matlamat tersebut.
Terdapat 5 komponen dalam information design ini :
1. Message - apakah maklumat yang anda ingin kongsikan?
2. Audience - Dengan siapa anda ingin berkongsi?
3. Purpose - Bagaimana dan mengapa anda ingin berkongsi?
4. Background - Apakah pengguna yang dimaksudkan sudah tahu?
5. Sturcture - Bagaimana mesej anda akan disusun dengan berkesan?
Selain dari itu, Dr Affandy juga menekankan tentang pemilihan learning theories, learning stratergies dan learning styles dalam membangunkan laman web. Antara learning theories yang popular dan sering digunakan adalah behaviourism, cognitive dan constructivist.
Tambahan dari itu, Dr. Affandy turut menekankan kepentingan penggunaan storyborad dalam pembangunan laman web. Storyboard adala satu susunan grafik dalam bentuk illustrasi atau imej yang mana dipapparkan dalam urutan untuk tujuan pra-menggambarkan gamabr, animasi, grafik gerakan atau interaktif urutan media. Storyboard wujud dalam pelbagai bentuk bergantung kepada pembuatnya. Di bawah ini merupakan contoh storyboard.
Ini pula merupakan satu contoh storyboard bagi website kumpulan kami.



0 comments:
Post a Comment