#3 WEB DEVELOPMENT PROCESS

Assalamualaikum...

Untuk minggu ini kami belajar mengenai web development process. Dalam pembangunan web, ia akan terbahagi kepada beberapa life cycle steps. Dalam tajuk ini kami belajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan ID model. 

ID Model

Proses asas dalam ID model adalah analysis, design, develop, implement dan evaluate.

Dalam kelas ini, kami membincangkan 4 contoh ID Model iaitu :


ADDIE

Hannafin and Peck


Dick and Carrey


Waterfall

Seterusnya, seperti biasa akan ada aktiviti di dalam kelas iaitu kami dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan saya dan nadiah akan membentangkan lebih lanjut mengenai Dick and Carrey design model dan kumpulan Farhah, Izzati dan Masarrah membentangkan tajuk Waterfall. Dari pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa waterfall design model lebih simple dan mudah di fahami berbanding Dick and Carrey design model yang lebih detail.

Slide pembentangan bagi kedua-dua kumpulan boleh didapati DISINI.

Oleh kerana tajuk yang kami belajar pada hari ini berkaitan dengan assignment design document yang perlu kami buat, Dr.Dayana memberi kami peluang untuk membincangkan assignment kami di dalam kelas. Kumpulan saya adalah nadiah, farhah dan saya sendiri. Kami mulakan perbincangan kami dengan mencari learning problem, solution to learning problem, learning objectives dan content of the website. Pada mulanya kami bercadang untuk membangunkan website bagi pelajar tahun satu untuk subjek matematik. Akan tetapi, Dr.Dayana mencadangkan kami untuk menukar responden kami kerana mungkin pelajar tahun satu susah untuk memberi feedback yang dapat membantu dalam assignment kami ini. Maka, kami pon bersetuju untuk menukar responden kami. Akan tetapi, dalam perbincangan yang lepas kami masih lagi belum dapat mencapai persetujuan untuk memilih siapa sebagai responden kerana masa yang tidak mencukupi. Mungkin kami akan adakan perbincangan sekali lagi bagi menentukan responden ini.

0 comments:

Post a Comment


up