Hellooo! Pada minggu yang kedua ini, kami mula belajar mengenai Basic concept of webpage. Dalam topik ini kami diperkenalkan dengan website, webpage, homepage, portal dan blog dan saya tidak mempunyai masalah untuk memahami istilah-istilah ini memandangkan kami telahpun belajar sedikit sebanyak di dalam subjek Authoring System pada semester lepas. Penerangan bagi setiap istilah ini telahpun saya terangkan disini. Perkara baru yang saya pelajari dalam kelas hari ini adalah berkenaan LMS dan CMS. LMS adalah singkatan kepada Learning Management System manakala CMS adalah singkatan kepada Content Management System.
LMS - Learning Management System
- Satu set alatan perisian yang direka untuk menguruskan pembelajaran pengguna
- Contoh : Moodle,Sakai, OLAT,ATutor,WebCT,Blackboars, Dokeos.
CMS - Content Management System
- Sistem perisian komputer untuk menyusun dan memudahkan penciptaan bersama dokumen dan kandungan lain
- Satu aplikasi wen yang digunakan untuk mengurus laman web dan kandungan web
- Contoh : Joomla, Mambo,PhpNuke, Xoops, Zope.
Seterusnya kami membuat aktiviti di dalam kelas iaitu pembentangan yang membincangkan dua soalan berkaitan dengan basic concept of webpage. Pembentangan ini dijalankan secara berkumpulan dan saya berpasangan dengan Farhah. Disebabkan masa yang diperuntukan adalah sedikit, dan kami masih lagi dalam proses memahamkan CMS dan LMS maka, terhasillah slide presentation kami yang paling ringkas dan 'cantik' ini. hehehehe




0 comments:
Post a Comment