#6 INTERACTION DESIGN

Assalamualaikum...

Minggu ini merupakan minggu terakhir Dr.Dayana bersama kami kerana minggu hadapan Dr Dayana akan mula cuti bersalinnn! Confirm kami akan rindu Dr Dayana. hehe. Ok back to our topic for this week. Minggu ini kami belajar tentang Interaction Design. Apa yang saya faham dari bacaan saya tentang interaction design ini adalah satu aplikasi produk digitak yang interaktif, sesuai dengan persekitaran, sistem dan perkhidmatan.

Interaction design terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Information design - fokus untuk plan bagaimana reka bentuk tersebut akan dibuat. 
  2. Interaction design -  fokus kepada mekanik reka bentuk

Information to interaction

Konsep utama information to interaction adalah mengubah maklumat kepada pengalaman.
Contohnya :


  • memberi pengalaman kepada pengguna dengan pilihan dan panduan yang jelas
  • pengguna dapat menghailkan pengalaman yang menarik dan tidak sesat
  • pengguna memperoleh guideline yang membolehkan mereka meneroka apa yang mereka inginkan
  • menjadikan pengguna merasakan pengalaman meneroka semudah mungkin
Interaction Design

Tugas reka bentuk interaksi adalah :

  • Mewujudkan garis panduan kepada pengguna
  • Merekabentuk navigasi sistem
  • Menerangkan apa yang berlaku pada setiap skrin
  • Merekabentuk kawalan dengan tujuan interaksi
  • Menentukan berapa banyak interaksi yang perlu dimasukkan

Functional interaction design memerlukan pengguna boleh menjawab soalan berikut :

Where am I?
Where have I been?
Where can I go?
How do I get there?
How do I get back to where I started?

Seterusnya, terdapat 3 elemen penting dalam interction design :

1. Organization - grafik, text atau elemen lain yang terdapat di dalam website. Contohnya, di dalam sesebuah homepage perlulah ada banner, title, interface of content, menu dan grafik.

2. Navigation - link, butang ikon pada laman web mudah digunakan oleh pengguna (user friendly). Contohnya, sitemap, butang ikon/navigasi, checklist page, hypertext/hypermedia.

Sitemap

3. Interactivity - Website yang membuatkan pengguna terlibat aktif. Contohnya, place finding, breadcrumb,    mukasurat, warna yang berbeza bagi menu yang sedia ada.


Bread crumb

0 comments:

Post a Comment


up