#1 WEB BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT - FIRST CLASS

Salam...

14 Februari 2013, kelas pertama bagi subjek Web based multimedia development. Juga valentine's day. Tapi saya tak sambut ye. hehe. Ouh ya, subjek ini adalah kesinambungan dari subjek authoring system yang telah saya ambil pada semester lepas, iaitu semester pertama saya. Dalam kelas authoring system, saya telahpun belajar sedikit sebanyak mengenai pembinaan laman web menggunakan dreamweaver. Jadi, untuk subjek web based multimedia development ini saya mahu belajar lebih mendalam lagi berkenaan dengan web development.

Dalam subjek ini, saya juga berharap dapat belajar lebih lagi mengenai pembangunan laman web berkaitan education. Untuk pengetahuan semua, first degree saya adalah dalam bidang computer science yang mana saya juga ada mengambl satu subjek berkenaan web development. Akan tetapi, saya tidak belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai web development untuk education. Selain itu, saya juga ingin belajar tentang cara-cara untuk publish sesuatu website yang telah dibina.

Seperti yang diketahui semua, subjek web based multimedia development ini merupakan subjek elektif  yang mana pilihan selain subjek ini adalah subjek cd-rom. Saya memilih untuk mengambil subjek ini kerana saya merasakan minat saya lebih kepada pembangunan web dan lebih diperlukan semasa dunia pekerjaan dan juga research study.

Walaupun terdapat beberapa masalah sebelum memulakan kelas ini seperti jadual bilik kuliah yang salah, saya tetap berasa seronok dan bersemangat untuk meneruskan kelas ini. Pensyarah kami juga seorang yang sangat membantu pelajar dan menerangkan course outline dengan jelas yang membuatkan saya lebih teruja untuk meneruskan kelas yang seterusnya.

Akhir kata, saya berharap dengan mengambil subjek ini saya dapat menambahkan skill saya dalam bidang pembinaan laman web. Hal ini demikian kerana, web development sangat memberi kepuasan dalam diri saya. Till then. Jumpa lagi untuk kelas akan datang! :D

0 comments:

Post a Comment


up