#13 EVALUATION PRESENTATION

Assalamualaikummm....

Seperti yang dijanjikan dua minggu yang lepas, pada minggu ini pembentangan mengenai evaluation website. Pembentangan kali ini adalah tugasan individu yang mana tajuk yang saya perolehi adalah berkaitan 'system log data'. Secara umumnya, system log data adalah cara untuk merekod interaksi pengguna dengan sesuatu perisian secara langkah demi langkah. Keperincian sesuatu log data itu bergantung kepada tujuan program atau perisian itu dibina. Log data juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengetahui keutamaan pengguna dalam sesuatu perisian serta navigasi pengguna tersebut.

Beikut merupakan beberapa contoh situasi dimana system log data digunakan :


  • Apa-apa penilaian yang melihat bagaimana pelajar-pelajar bekerja dengan perisian
  • Learning evaluation - 'Triangulation' dengan sumber data yang lain, contohnya jawapan soal selidik, temubual, perbincangan kumpulan fokus, gred kursus, laporan pemerhatian
  • Usability evaluation -  sebagai objektif bermakna dapat mengesan corak penggunaan, kesilapan, laluan navigasi dan masa kepada tugas

Proses dalam System Log Data

Terdapat tiga langkah dalam proses system log data. Gambar berikut menunjukkan prosess bagi system log data.


Batasan dalam analisis System Log Data

Log data merupakan ukuran yang objektif yang menghasilkan data statistik yang dipercayai berkaitan dengan pelbagai isu-isu seperti corak penggunaan, penggunaan, strategi integrasi dan kegunaan tanggapan perisian. Walau bagaimanapun, ia tidak menjawab soalan 'mengapa' dan penilaian lanjut adalah perlu dilakukan untuk mencari penjelasan fenomena yang berlaku.



Untuk mengakses slide pembentangan bagi rakan-rakan saya yang lain boleh KLIK PADA LINK INI.



#12 PUBLISHING WEBSITE

Helloo and assalamualaikummm...

Untuk minggu ini saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana kurang sihat (biasalah orang perempuan kan. huhu). Jadi, daripada makluman rakan sekelas saya mendapat tahu bahawa pada minggu ini Dr Affandy ajar mengenai 'publishing website'. Maka, untuk entry pada kali ini, saya akan berkongsi tentang apa yang saya faham berkenaan publishing website dari pengetahuan saya sebelum ini dan hasil bacaan saya dari nota yang diberikan. 


Apabila website telah siap dibangunkan, kita mesti akan terfikir bagaimana untuk memasukkan website kita ke dalam internet. Kita akan memerlukan web hosting untuk membolehkan kita memasukkan website kita ke internet. Terdapat dua jenis web hosting iaitu yang berbayar dan yang free. Cara untuk memilih web hosting yang sesuai adalah bergantung kepada penggunaan website kita itu sendiri. Web hosting yang berbayar atau free mestilah ada pro dan cons nya yang tersendiri.

Mengikut dari nota, terdapat beberapa contoh free web hosting. Antaranya ialah :
  • www.tripod.com
  • www.geocities.com
  • www.freeservers.com
  • www.domaindlx.com
  • www.brinkster.com


Berikut pula merupakan contoh web hosting yang berbayar :

  • www.articulate-x.com
  • internet-webhosting.com


Nota bagi publishing website boleh didapati disini.





up