#11 WEB TESTING AND EVALUATION

Assalamualaikum and haiii~

Pada minggu ini, kami belajar mengenai web testing dan evaluation. Pada dasarnya, menjalankan testing dan evaluation pada website adalah sangat digalakkan dan memudahkan website developer untuk mengetahui masalah yang ada pada website dan seterusnya boleh membuat perubahan.

WEB TESTING

Untuk mengkaji website yang kompleks dan menggunakan database, Test Plan adalah perlu agar testing yang dijalankan adalah berstruktur dan kreatif, konsisten, terperinci dan teliti.

Terdapat beberapa 'Types of Errors' yang boleh dikategorkan ketika menjalankan web testing iaitu :


  1. Design flaws - masalah rekabentuk dan cadangan, seperti mencadangkan ciri yang baru, melabel semula button, dan juga susun atur screen
  2. Content errors - ketidaktepatan, data yang mempunyai masalah dengan format, atau data yang berkualiti rendah termasuklah kualiti gambar dan kesalahan ejaan
  3. Software/system defects - biasanya dipanggil 'bug' iaitu masalah teknikan yang dikenalpasti semasa mengendalikan website

Selain dari jenis errors, terdapat juga beberapa jenis testing yang boleh dilakukan untuk laman web. Antaranya ialah :

- Peer testing
- Focus group testing

Testing adalah satu langkah yang sangat penting dalam membangunkan laman web, untuk mengelakkan kesilapan. Apabila menghadapi masalah pengguna dalam melayari laman web mereka dengan mudah akan bosan, mereka hanya akan meninggalkan dan mencari laman web lain yang serupa. Itulah sebabnya ujian kebolehgunaan adalah sangat penting.

Usability boleh dikategorikan kepada lima komponen kualiti iaitu :
  1. Learnability -  Bagaimana mudah ialah ia untuk pengguna untuk mencapai tugas-tugas asas kali pertama mereka menghadapi reka bentuk?
  2. Efficiency -  Apabila pengguna telah belajar reka bentuk, berapa cepat mereka boleh menjalankan tugas?
  3. Memorability -  Apabila pengguna kembali ke reka bentuk selepas tempoh tidak menggunakannya, betapa mudahnya mereka boleh mengembalikan penguasaan?
  4. Errors -  Berapa banyak kesilapan yang pengguna membuat, bagaimana teruk adalah kesilapan-kesilapan ini, dan betapa mudahnya mereka boleh pulih daripada kesilapan?
  5. Satisfaction -  Bagaimana menyenangkan adalah ia menggunakan reka bentuk?

WEB EVALUATION

'Evaluation' atau Penilaian boleh dikategorikan sebagai penilaian formatif dan penilaian sumatif. Untuk memahami lebih lanjut mengenai penilaian formatif, kita boleh menggunakan analogi ini:

"When the cook tastes the soup, that’s formative; when the guests taste the soup, that’s summative.“

Jadi, penilaian formatif biasanya dilakukan semasa proses pembangunan, di mana perubahan dan peningkatan boleh dilakukan oleh pemaju. Bagi penilaian sumatif, proses ini biasanya dilakukan pada akhir proses pembangunan, dan biasanya selepas pengguna akhir menggunakan produk tersebut.

Terdapat beberapa jenis 'tools' atau alat yang boleh digunakan untuk menilai  laman web iaitu:

 - Observation, interviews (Structured/Non Structured)
 - Surveys, Focus Groups, Analysis, Reports, and Dialogue with Users
 - Form, Checklist or Rubric

Untuk memahami lebih lanjut tentang perbezaan antara setiap tools yang ada, kami diberikan satu tugasan individu yang perlu dibentangkan dalam kelas dua minggu yang akan datang. Dalam tugasan ini kami perlu untuk meringkaskan prosedur untuk menilai laman web kami mengikut nota yang disediakan oleh laman web pada link di bawah ini.



Setiap seorang daripada kita diberi pelbagai jenis alat-alat penilaian. Oleh itu, kita mempunyai 5 topik yang berbeza persembahan yang akan dibentangkan di dalam kelas 2 minggu akan datang. Dr.Noraffandy mengatakan bahawa laman web ini adalah sangat berguna kerana ia berkaitan metodologi penyelidikan yang berkaitan dengan bidang kami iaitu 'education technology'. Jadi kita jumpa dalam entry lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembentangan kami ini nanti! :)

#10 VISUAL DESIGN

Assalamualaikummm!!

Mid-sem sudah abes broo! haha. OK cuti dah abes dan sekarang kelas bermula seperti biasa. Untuk minggu ini kami belajar mengenai Visual Design. Secara umumnya, visual design adalah seperti bagaimana kita nak deisgn website kita atau nak website kita kelihatan seperti apa. Antara element yang perlu diambil kira untuk visual design ini adalah seperti colours, font style, graphic dan multimedia serta bagaimana untuk kita menentukan layout website kita.


Seterusnya kami diperkenalkan dengan tools di dalam visual deisgn. Antara tools yang digunakan ialah thumbnail sketches, rough sketches dan prototype. 


Thumbnail sketches membantu designer untuk mereka bentuk laman web terutamanya dari aspek-aspek visual dan reka bentuk persembahan laman web tersebut.




Apa beza storyboard dengan thumbnail sketches?

Storyboard lebih berfungsi kepada interaksi di dalam website manakala thumbnails lebih kepada bagaimana rekabentuk website tersebut atau bagaimana website itu akan kelihatan.

Berikut pula merupakan contoh rough sketches dan prototype.

Rough sketches

Prototype

Sebelum kelas ini berakhir, kami telah membentangkan 50% daripada progress website kami seperti yang dijanjikan sebelum ini. Daripada hasil pembentangan, kami telah mendapat beberapa komen dan cadangan. Antaranya ialah :

 - penggunaan warna yang kurang sesuai
 - penggunaan banner bagi imej kurang sesuai dan terlalu besar
 - perlu tambahan dari segi elemen multimedia
 - perlu mereka satu situasi di mana pelajar akan 'addicted' untuk menggunakan website kita

Kami berterima kasih ke atas semua komen dan cadangan yang diberikan dan kami akan berusaha untuk memperbaharui dan mempertingkatkan lagi website kami.


#9 MID SEMESTER BREAK

Hello againn! :D

Minggu ini adalah minggu cuti pertengahan semester yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. wehoooo! hahaha. cuti seminggu kot.






TAPI......tak boleh nak sesuka sangat ye cuti mid-sem ni. Banyak kerja yang menanti untuk saya. Salah satunya adalah kami perlu menyiapkan website kami sekurang-kurangnya sehingga tahap 50%. huhu. So, tiada erti mid-sem saya seperti gambar dibawah ini. Mid-sem kali ini hanya bakal dipenuhi dengan menyiapkan assignment yang ada.




#8 INFORMATION DESIGN

Assalamualaikum and haiiii~

Okay minggu ini adalah kelas pertama kami dengan Dr.Affandy dan minggu ini juga adalah due date untuk menghantar deisgn document kami seperti yang telah saya nyatakan dalam post yang lepas. Harap-harapnya dapat markah yang elok la ye untuk deisgn document tu. hehehe

Minggu ini kami mula belajar berkenaan information design. Information design adalah salah satu komponen penting dalam pembangunan website kerana ia menjelaskan matlamat komunikasi dan menyusun idea-idea ke dalam reka bentuk yang berfungsi matlamat tersebut.

Terdapat 5 komponen dalam information design ini :

1. Message       - apakah maklumat yang anda ingin kongsikan?
2. Audience      - Dengan siapa anda ingin berkongsi?
3. Purpose        -  Bagaimana dan mengapa anda ingin berkongsi?
4. Background  -  Apakah pengguna yang dimaksudkan sudah tahu?
5. Sturcture       -  Bagaimana mesej anda akan disusun dengan berkesan?

Selain dari itu, Dr Affandy juga menekankan tentang pemilihan learning theories, learning stratergies dan learning styles dalam membangunkan laman web. Antara learning theories yang popular dan sering digunakan adalah behaviourism, cognitive dan constructivist.

Tambahan dari itu, Dr. Affandy turut menekankan kepentingan penggunaan storyborad dalam pembangunan laman web. Storyboard adala satu susunan grafik dalam bentuk illustrasi atau imej yang mana dipapparkan dalam urutan untuk tujuan pra-menggambarkan gamabr, animasi, grafik gerakan atau interaktif urutan media. Storyboard wujud dalam pelbagai bentuk bergantung kepada pembuatnya. Di bawah ini merupakan contoh storyboard.



Ini pula merupakan satu contoh storyboard bagi website kumpulan kami.





up