#7 NO CLASS

Helloooo!

Minggu ini kelas ditangguhkan ke minggu hadapan kerana Dr. Dayana telah mula cuti bersalin dan  Dr.Affendy tidak available untuk meneruskan kelas.Allhamdulillah dengarnya DrDayana telah selamat bersalin pada 28 March 2013 kalau tak silap. hehe. Tunjuk sikit gambar baby boy Dr.Dayana...


Amir Danish namanya.. tembam sungguh. hehe

Ok.. habes da cerita pasal baby... hehe. Walaupun minggu ini tiada kelas, kami mempunyai tugasan untuk menyiapkan design document kami. Kami telah membuat perbincangan mengenai carta alir dan level access bagi admin dan user untuk website kami. Pada akhir perbincangan kami memutuskan untuk menggabung kesemua part untuk design document ini pada hari Isnin , iaitu 1 April 2013 :)

#6 INTERACTION DESIGN

Assalamualaikum...

Minggu ini merupakan minggu terakhir Dr.Dayana bersama kami kerana minggu hadapan Dr Dayana akan mula cuti bersalinnn! Confirm kami akan rindu Dr Dayana. hehe. Ok back to our topic for this week. Minggu ini kami belajar tentang Interaction Design. Apa yang saya faham dari bacaan saya tentang interaction design ini adalah satu aplikasi produk digitak yang interaktif, sesuai dengan persekitaran, sistem dan perkhidmatan.

Interaction design terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Information design - fokus untuk plan bagaimana reka bentuk tersebut akan dibuat. 
  2. Interaction design -  fokus kepada mekanik reka bentuk

Information to interaction

Konsep utama information to interaction adalah mengubah maklumat kepada pengalaman.
Contohnya :


  • memberi pengalaman kepada pengguna dengan pilihan dan panduan yang jelas
  • pengguna dapat menghailkan pengalaman yang menarik dan tidak sesat
  • pengguna memperoleh guideline yang membolehkan mereka meneroka apa yang mereka inginkan
  • menjadikan pengguna merasakan pengalaman meneroka semudah mungkin
Interaction Design

Tugas reka bentuk interaksi adalah :

  • Mewujudkan garis panduan kepada pengguna
  • Merekabentuk navigasi sistem
  • Menerangkan apa yang berlaku pada setiap skrin
  • Merekabentuk kawalan dengan tujuan interaksi
  • Menentukan berapa banyak interaksi yang perlu dimasukkan

Functional interaction design memerlukan pengguna boleh menjawab soalan berikut :

Where am I?
Where have I been?
Where can I go?
How do I get there?
How do I get back to where I started?

Seterusnya, terdapat 3 elemen penting dalam interction design :

1. Organization - grafik, text atau elemen lain yang terdapat di dalam website. Contohnya, di dalam sesebuah homepage perlulah ada banner, title, interface of content, menu dan grafik.

2. Navigation - link, butang ikon pada laman web mudah digunakan oleh pengguna (user friendly). Contohnya, sitemap, butang ikon/navigasi, checklist page, hypertext/hypermedia.

Sitemap

3. Interactivity - Website yang membuatkan pengguna terlibat aktif. Contohnya, place finding, breadcrumb,    mukasurat, warna yang berbeza bagi menu yang sedia ada.


Bread crumb

#5.1 DISCUSSION

Objektif perbincangan kami kali ini adalah bagi pemilihan design template dan mencari game yang bersesuaian untuk diletakkan di dalam web nanti. Hasil dari perbincangan kami, kami telah pun memutuskan design dan template yang ingin digunakan untuk web kami. Akan tetapi, kami masih lagi belum menjumpai game yang boleh di download dan bersesuaian untuk tajuk kami. Sedihhh...



Akhirnya, kami memutuskan untuk setiap orang berusaha untuk mencari game yang bersesuaian. Sekiranya masih juga tiada progress kami memutuskan untuk menukar approach model kami setelah berbincang semula dengan Dr Dayana :)

#5 BASIC WEB DESIGN

Assalamualaikum dan haiiii~

Untuk minggu ke-5 ini kami belajar mengenai basic web design..

Web Design Definition


A multidisciplinary pursuit pertaining to the planning and production of Web sites, including, but not limited to, technical development, information structure, visual design, and networked delivery.

Terdapat 4 aspek penting yang mempengaruhi sesuatu web design iaitu :
  1.  Content - untuk menyampaikan atau memaklumkan kepada pengguna
  2. Technology -untuk melaksanakan fungsi web tersebut
  3. Visual -  membentuk form yang menarik untuk website tersebut
  4. Economic - tujuan website dibangunkan
Analogy pyramid bagi 4 aspek penting dalam web design

Seterusnya, kami belajar mengenai konsep asas dalam web design iaitu :
  • Balance
  • Contrast
  • Focus
  • Related

Kelas diteruskan dengan pembentangan oleh kami semua. Kumpulan pertama membentangkan berkenaan  'what is web design'. Jadi dari pembentangan kumpulan tersebut saya dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya adalah component dalam web medium. Terdapat 3 komponen dalam web medium iaitu server-side, client-side dan network. Network pula terbahagi lagi kepada tiga bahagian iaitu one-way interaction, two-way interaction dan multiway interaction.


Maklumat lanjut mengenai  'what is web design' boleh di dapati disini.

Bahagian kedua dalam basic web design ini pula adalah web design themes yang dibentangkan oleh kumpulan kami iaitu saya, farhah dan nadiah.


Secara umumnya tema utama dalam web design termasuk:


  1. Keperluan designer dan keperluan pengguna
  2. Keseimbangan bentuk dan fungsi
  3. Kualiti pelaksanaan
  4. Interaksi antara konvensyen dan inovasi

Mind-map tema utama dalam web design. (ringkasan)


Dalam setiap bahagian utama web design themes ini terdapat beberapa rule yang biasa digunakan dan boleh dijadikan contoh. Semua rules ini boleh didapati dalam slide presentation kumpulan kami.


Nota lanjut dan slide presentation DISINI.

Rujukan tambahan bagi web design themes 



#4.1 DISCUSSION

haiii! Dalam post ini saya akan menerangkan lebih detail lagi berkenaan perbincangan tugasan yang diadakan di dalam kelas semasa minggu ke empat.

LATAR BELAKANG MASALAH

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang baru diperkenalkan oleh KPM baru-baru ini memerlukan guru menyediakan lebih bahan pengajaran dan tugasan. Tugasan yang yang interaktif dapat menarik minat pelajar dalam membuat tuagsan.

PENYELESAIAN MASALAH

Membina satu laman web tingkatan 1 bertajuk pecahan sebagai bahan pengukuhan pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Membina satu laman web pembelajaran matematik tingkatan 1 bertajuk pecahan berasaskan teori konstruktif.

2.Pembangunan laman wen ini dijadikan salah satu bahan pembelajaran dna pengukuhan kepada guru dalam melaksanakan penilaian kepada murid berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah.

SKOP KAJIAN

Pelajar tingkatan 1 bertajuk pecahan dalam mata pelajaran matematik.

TEORI PEMBELAJARAN

Konstruktif

APPROACH MODEL

Game based learning

FLOWCHART

Kami becadang untuk membuat 5 pautan iaitu Homes, Notes, Fun Stuff, Quiz and Games.

Credit also to : Nadiah & Farhah.

#4 PROJECT MANAGEMENT IN WEB DESIGN AND PRODUCTION

Helloo! Untuk minggu ini Dr Dayana memperkenalkan kami dengan learning approaches. Bagi kami yang dari fakulti sains komputer, kami sememangnya tiada asas mengenai learning approaches ini.Oleh kerana learning approaches ini akan digunakan dalam web development kami nanti, maka kami membincangkan learning approaches ini didalam kelas. Pada  minggu ini, kami membincangkan 3 jenis learning approaches iaitu Inquiry Based Learning, Problem Beased Learning dan Authentic Learning.


Inquiry Based Learning

Belajar dan mencari maklumat daripada persoalan yang diutarankan atau ditimbulkan.Berikut merupakan lanagkah yang biasa digunakan dalam inquiry based learning.


Problem Based Learning

Satu cara pembelajaran berdasarkan prinsip menggunakan masalah sebagai permulaan untuk pengambilalihan dan integrasi baru pengetahuan.Berikut merupakan lanagkah yang biasa digunakan dalam problem based learning.


Authentic Learning



Satu kaedah pengajaran di mana pelajar belajar daripada masalah yang realistik, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyelesaikan masalah kehidupan sebenar, dan mewujudkan produk yang mempunyai makna kehidupan sebenar.


Klik disini untuk slide pembentangan semasa perkongsian didalam kelas.

Seterusnya kami teruskan kelas hari ini dengan belajar mengenai Project Management In web Design and Production. Terdapat 3 proses yang terlibat dalam project management ini iaitu :


1.Pre-production (planning)
2.Production (constructing)
3.Post-production (testing)

Kami juga belajar mengenai web development team. Berikut merupkan gambar rajah berkenaan web development team.


Sebelum kelas berakhir, kami sempat membincnagkan tentang assigment design document untuk kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan kami, kami telah sepakat memilih topik 'Fraction' sebagai topik pengajaran web kami iaitu topik pembelajan matematik bagi pelajar tingkatan satu. Seterusnya, kami memilih 'Game based learning' sebagai learning approach yang bakal kami gunakan nanti.

#3 WEB DEVELOPMENT PROCESS

Assalamualaikum...

Untuk minggu ini kami belajar mengenai web development process. Dalam pembangunan web, ia akan terbahagi kepada beberapa life cycle steps. Dalam tajuk ini kami belajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan ID model. 

ID Model

Proses asas dalam ID model adalah analysis, design, develop, implement dan evaluate.

Dalam kelas ini, kami membincangkan 4 contoh ID Model iaitu :


ADDIE

Hannafin and Peck


Dick and Carrey


Waterfall

Seterusnya, seperti biasa akan ada aktiviti di dalam kelas iaitu kami dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan saya dan nadiah akan membentangkan lebih lanjut mengenai Dick and Carrey design model dan kumpulan Farhah, Izzati dan Masarrah membentangkan tajuk Waterfall. Dari pembentangan ini, saya dapat simpulkan bahawa waterfall design model lebih simple dan mudah di fahami berbanding Dick and Carrey design model yang lebih detail.

Slide pembentangan bagi kedua-dua kumpulan boleh didapati DISINI.

Oleh kerana tajuk yang kami belajar pada hari ini berkaitan dengan assignment design document yang perlu kami buat, Dr.Dayana memberi kami peluang untuk membincangkan assignment kami di dalam kelas. Kumpulan saya adalah nadiah, farhah dan saya sendiri. Kami mulakan perbincangan kami dengan mencari learning problem, solution to learning problem, learning objectives dan content of the website. Pada mulanya kami bercadang untuk membangunkan website bagi pelajar tahun satu untuk subjek matematik. Akan tetapi, Dr.Dayana mencadangkan kami untuk menukar responden kami kerana mungkin pelajar tahun satu susah untuk memberi feedback yang dapat membantu dalam assignment kami ini. Maka, kami pon bersetuju untuk menukar responden kami. Akan tetapi, dalam perbincangan yang lepas kami masih lagi belum dapat mencapai persetujuan untuk memilih siapa sebagai responden kerana masa yang tidak mencukupi. Mungkin kami akan adakan perbincangan sekali lagi bagi menentukan responden ini.

up